KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) untuk sesi debat perdana bersama ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang menaiki kenderaan jenis Mercedes berwarna hitam bersama kereta pengiring memasuki pekarangan istana berkenaan pada pukul 8.18 malam.
Sebelum ini melaporkan kedua-dua pemimpin itu saling mencabar antara satu sama lain untuk merungkai mengenai isu Sapura Energy Berhad.
Najib merupakan individu terawal yang mencadangkan kerajaan supaya menyelamatkan SEB yang berhadapan dengan krisis kewangan teruk. –UTUSAN ONLINE