Mayat nelayan hilang ditemukan terapung selepas lapan hari

Mayat nelayan hilang ditemukan terapung selepas lapan hari

ANGGOTA Maritim Malaysia mengusung mayat T Razali Wok yang ditemukan terapung di kedudukan 28 batu nautika timur Kuala Terengganu oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Selepas lapan hari pencarian, mayat nelayan yang dilaporkan hilang ketika aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu di sini Isnin lalu, berjaya ditemukan hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, mayat T Razali Wok, 74, dijumpai terapung di kedudukan 28 batu nautika timur Kuala Terengganu oleh nelayan tempatan.

Katanya, bot Pengawal 16 tiba di lokasi mangsa kira-kira pukul 12 tengah hari selepas menerima maklumat mengenai penemuan tersebut.

“Maritim Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pengadu dan meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat kecemasan serta salah laku di perairan.

“Maklumat boleh disalurkan di talian MERS 999 atau 09-6223657 Pusat Operasi Maritim negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, T Razali dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di kedudukan 4 batu nautika dari jeti Chendering.

Kejadian itu berlaku semasa bot dinaikinya dalam perjalanan balik ke pangkalan selepas selesai aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya