PETALING JAYA: Tindakan syarikat-syarikat penternak ayam menghentikan operasi ladang akan menjejaskan rantaian bekalan dan mengakibatkan pasaran kerugian RM26 juta. Setakat ini empat syarikat penternak dilaporkan menghentikan operasi ladang dipercayai ‘memboikot’ tindakan lambat pihak kerajaan membayar subsidi harga ayam 60 sen. Syarikat-syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan kartel ayam mengemukakan alasan masalah ‘ketumbuhan ayam’ bagi menghalalkan tindakan menutup operasi di ladang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber industri memberitahu, strategi lama ‘tangan-tangan hitam’…