Atlet Johor raih pingat Sukan SEA terima ganjaran

Atlet Johor raih pingat Sukan SEA terima ganjaran

MOHD. Hairi Mad Shah melayani orang ramai yang berkunjung ke Majlis Hari Raya Aidilfitri anjurannya di pekarangan UMNO Johor Bahru, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Atlet negeri ini yang menyumbang pingat buat negara dalam temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam akan diberi penghargaan atas kejayaan diraih mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, terdapat seramai 59 atlet kelahiran Johor yang terlibat dalam kejohanan berkenaan.

Menurut beliau, setakat ini atlet Johor telah menyumbang tiga pingat emas, enam perak dan 14 gangsa.

“Setiap atlet yang menang pingat emas akan diberikan RM4,000 manakala pingat Perak RM2,000 dan gangsa RM1,500,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri anjurannya, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Hairi, pihaknya bakal melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2024 setelah meneliti penganjuran Sukan SEA di Vietnam.

“Selain itu, saya juga telah bertemu dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail untuk memaklumkan minat Johor terlibat dalam penganjuran Sukan SEA pada 2027.

“Perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada kesediaan kerajaan negeri di mana keputusan akhir terletak kepada kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditanya sama ada Johor berminat untuk menjadi tuan rumah temasya terbesar di peringkat Asia Tenggara itu.

Tambah beliau, perkara itu juga boleh dilaksanakan kerana Johor bakal mengadakan Sukma pada 2024 dan dalam tempoh berkenaan banyak venue sukan yang telah tersedia untuk digunakan dalam Sukan SEA. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya