Anwar mahu Forensik Audit, Najib tegas selamatkan Sapura - Utusan Malaysia

Anwar mahu Forensik Audit, Najib tegas selamatkan Sapura

Najib Tun Razak (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu ketika hadir dalam program Debat Perdana yang berlansung di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang di sini, malam ini. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Forensik audit dan selamatkan syarikat merupakan antara dua hujah dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd agar perlu diselamatkan atau sebaliknya.

Anwar menegaskan, apa gunanya pelbagai usaha menyelamatkan syarikat tetapi tiada ketelusan dan membawa pihak terlibat agar diadili.

“Seperti mana soal Perwaja dahulu, saya pernah bangkit forensik audit dan dibentang ke Parlimen tetapi ada pihak takut.

“Begitu Sapura, Ya perlu diselamatkan namun, perlulah kepada soal ketelusan,” katanya.

Najib kemudian mencadangkan supaya Petronas mengambil alih syarikat Sapura Energy Berhad sebagai antara dua syor dikemukakan beliau sebagai langkah untuk menyelamatkan syarikat itu.

Beliau juga mencadangkan pinjaman bank yang dijamin kerajaan.

Debat Perdana Najib dan Anwar akan menyentuh dua isu utama, pertama persoalan sama ada syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd perlu diselamatkan atau sebaliknya.

Sebelum ini, Sapura Energy mengalami peningkatan kerugian bersih untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari lalu kepada RM8.9 bilion berbanding RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun sebelum ini.

Perolehannya merosot kepada RM4.13 bilion daripada RM5.35 bilion disebabkan peratusan siap yang lebih rendah yang diiktiraf pada tahun semasa, berikutan pengiktirafan kerugian yang boleh dijangka termasuk lonjakan kos projek dalam segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan (E&C).

Selain itu, Anwar dan Najib turut membincangkan isu masa depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya