AC Milan tamatkan badi kemarau gelaran Serie A

AC Milan tamatkan badi gelaran Serie A

AC Milan merangkul gelaran kejuaraan Serie A pertama mereka selepas 11 tahun setelah menewaskan Sassuolo 3-0 pada aksi terakhir kempen liga kali ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: AC Milan merangkul gelaran kejuaraan Serie A pertama mereka selepas 11 tahun setelah menewaskan Sassuolo 3-0 pada aksi terakhir kempen liga kali ini.

Tiga mata yang diraih pada aksi di Stadium Mapei itu memastikan skuad bimbingan Stefano Pioli merampas kejuaraan daripada Inter Milan dengan perbezaan dua mata.

Hanya memerlukan satu mata pada aksi terakhir liga, Milan meraih kemenangan hasil dua gol Olivier Giroud (minit ke-17 dan minit ke-32) sebelum Franck Kessie menjaringkan gol ketiga selang empat minit kemudian di babak pertama aksi di Stadium Mapei.

Walaupun Inter Milan berjaya menewaskan Sampdoria 3-0 di San Siro tetapi gagal mempertahankan kejuaraan.

“Kami berhak dengan kejayaan ini selepas menanam keyakinan yang ia boleh dicapai. Pemain-pemain saya tidak pernah berputus asa, mereka semua menakjubkan.

“Pasukan lebih konsisten dan memenangi perlawanan sukar, bangkit dari ketinggalan dalam perlawanan derby dan menang dua kali di Rom.

“Saya gembira kerana dapat melihat pemain-pemain juga menikmatinya,” tegas Pioli.

“Ketika kembali ke sini saya kata yang saya akan membawa Milan kembali ke puncak dan memenangi gelaran. Ini adalah kumpulan pemain hebat.

“Kami bekerja keras dan akhirnya menikmati kejayaan ini. Dua tahun lalu keadaannya cukup sukar,” ujar Zlatan Ibrahimovic yang kembali ke Milan pada tahun 2019, turut bersama pasukan itu ketika kali terakhir mereka menjulang Scudetto. – AGENSI – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya