88.5% doktor pelatih di Pulau Pinang tertekan

88.5% doktor pelatih di Pulau Pinang tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, 88.5 peratus doktor pelatih di negeri ini menghadapi tekanan pada tahap tiga hingga lima.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, lebih mengejutkan sekitar 15.4 peratus daripada jumlah itu menghadapi tekanan pada skala maksimum lima.

‘’Pekerjaan perubatan meletakkan seseorang itu dalam kedudukan unik yang mudah terdedah kepada tekanan ke­rana mereka berada di bawah tekanan yang berterusan de­ngan rasa tanggungjawab untuk menjaga nyawa orang lain,’’ katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang doktor pelatih Hospital Pulau Pinang (HPP) dilaporkan maut selepas terjatuh dari kediamannya dalam kejadian 17 April lalu.

Sehingga kini polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dengan mengambil keterangan ahli keluarga dan rakan mangsa.

Menurut Mohideen, Kementerian Kesihatan perlu menjalankan kajian di seluruh negara memandangkan kes buli doktor pelatih dan doktor junior tidak seharusnya terbatas kepada doktor di Pulau Pinang sahaja.

“Ia seharusnya termasuk profesional penjagaan kesihatan lain seperti jururawat kerana mereka juga berada dalam persekitaran kerja dan sistem yang sama.

“Kajian di negara seperti se­perti Finland, Norway, Australia, Singapura, dan China menunjukkan peningkatan dalam kebimbangan, kemurungan dan pemikiran ingin membunuh diri dalam kalangan pelajar perubatan dan profesional perubatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN