5 jenama francais Malaysia diberi pendedahan pasaran di Jeddah, Arab Saudi  - Utusan Malaysia

5 jenama francais Malaysia diberi pendedahan pasaran di Jeddah, Arab Saudi 

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membawa lima negara ke misi perdagangan francais di Jeddah, Arab Saudi pada 7 hingga 9 Mei lalu. 

Lima jenama francais terkemuka negara itu termasuk CheeseU, CIC Where Leaders Are  Born, Genius Aulad, US Pizza and Siti Khadijah.

Delegasi perdagangan itu diketuai Timbalan  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid selain turut disertai wakil Persatuan Francais Malaysia (MFA). 

Rosol berkata, misi perdagangan itu adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Francais Dipertingkatkan (EFDP) yang diluluskan jawatankuasa Majlis Export Francais (FRANEX) tahun lalu. 

Beliau berkata, misi berkenaan bertujuan mendedahkan jenama francais negara kepada pasaran Asia Tengah terutama Arab Saudi menerusi padanan perniagaan dan rakan kongsi perniagaan. 

“Secara keseluruhannya, jenama francais tempatan telah berkembang pesat di Asia Tenggara dengan pembabitan 68 jenama di 74 buah negara dan ia dijangka terus berkembang pada masa depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Katanya, kementeriannya kini sedang bekerjasama rapat dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan MFA bagi mengekalkan momentum itu. 

Rosol berkata, tahun lalu, industri francais negara merekodkan nilai jualan RM13 bilion iaitu peningkatan 16.4 peratus berbanding RM11.16 bilion pada 2018.

Pada misi perdagangan sama, Rosol turut berkesempatan melawat Lulu Hypermarket Marwah di Jeddah sebagai sebahagian usaha kerajaan meneroka potensi produk tempatan di pasaraya terkemuka itu. 

Ia satu kerjasama menang-menang antara Malaysia dan pengendali pasaraya runcit terkemuka itu bagi memperkenalkan dan mempromosi produk masing-masing. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya