1,775 sekolah di Johor terima RM8.8 juta - Utusan Malaysia

1,775 sekolah di Johor terima RM8.8 juta

ONN Hafiz Ghazi bersama guru-guru dan para pelajar sempena Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru di sini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas berjumlah RM5,000 kepada setiap bilik guru di semua 1,775 buah sekolah berdaftar di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan dengan peruntukan berjumlah RM8.8 juta itu akan memanfaatkan seramai 53,130 guru.

Menurut beliau, bantuan khas berkenaan melibatkan semua jenis sekolah antaranya sekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah agama.

“Bantuan sebanyak RM5,000 bagi setiap bilik guru di sekolah berkenaan bertujuan menaik taraf kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Guru dan Aidilfitri di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norliza Noh di sini hari ini.

Tambahnya, masyarakat khususnya generasi muda perlu menghormati guru-guru yang telah mendidik mereka dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan diperlukan.

Dalam program berkenaan, Onn Hafiz turut menyampaikan peruntukan berjumlah RM200,000 kepada sekolah berkenaan sebagai menghargai jasa dan peranan sekolah itu yang telah melahirkan ramai tokoh buat negara dan negeri ini.

“English College ini merupakan sekolah tertua di negeri Johor, ia juga telah melahirkan banyak tokoh-tokoh pemimpin yang berjasa kepada negara dan juga negeri ini khususnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya