Yayasan Bank Rakyat sumbang RM20,000 untuk golongan B40 - Utusan Malaysia

Yayasan Bank Rakyat sumbang RM20,000 untuk golongan B40

DatUK Rahman Bakri (Baju Melayu Merah, Kiri) bersama kepenimpinan Bahagian Sabak Bernam menyampaikan sumbangan ke penerima bantuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat memperuntukkan sejumlah RM20,000 kepada 200 penerima bantuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) di Parlimen Sabak Bernam, Selangor.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat, Datuk Abd. Rahman Bakri berkata, dengan bantuan itu, beliau berharap supaya sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan lebih meriah setelah kerajaan membenarkan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Saya berharap agar warga kota yang pulang ke kampung halaman dapat mengambil rehat secukupnya sebelum mula memandu ke destinasi masing-masing.

“Ini kerana kebanyakan punca kemalangan adalah kerana keletihan, pemandu yang tidak cukup rehat dan mengantuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Abd. Rahman hadir ke program Bubur Lambuk di Kampung Tebuk Tengah, Banting dan sebanyak 6,400 bungkusan bubur lambuk diedarkan di sekitar parlimen berkenaan.

Hadir sama dalam program itu adalah Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Abd. Rahman berkata, satu majlis berbuka puasa turut disediakan bagi meraikan 1,000 tetamu termasuk 200 penerima sumbangan serta pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar parlimen itu.

“Saya juga ingin mengajak seluruh penduduk Parlimen Sabak Bernam untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Sabak Bernam yang akan diadakan pada 28 Mei ini,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya