Tular pelajar lelaki dipukul beramai-ramai dalam kelas - Utusan Malaysia

Tular pelajar lelaki dipukul beramai-ramai dalam kelas

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan seorang pelajar dipukul secara beramai-ramai di sebuah sekolah menengah di Langkawi yang tular hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di sini didapati dipukul hampir 10 orang pelajar lelaki lain dalam satu video yang tular dalam media sosial di sini hari ini.

Video yang berdurasi 25 saat itu  menunjukkan pelajar yang dibuli tersebut menyatakan sesuatu sebelum dipukul oleh pelajar-pelajar lain dalam sebuah kelas.

Rakaman video tersebut juga menunjukkan pelajar tersebut dibaling dengan meja tulis di kepalanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di sini berdasarkan pakaian sekolah yang dipakai pelajar dalam video itu.

Beberapa pengguna Telegram membalas hantaran tersebut yang tidak bersetuju dengan kelakuan pelajar tersebut.

“Budak-budak la (sekarang) ni pakat-pakat nak tunjuk hero…,” kata Mohd. Yunus Ali.

“Raya dalam lokap la,” kata Muhd Bakhtiar.

“Awat (kenapa) sampai jadi lagu (macam) ni…” kata L.

Sementara itu, Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan pihaknya telah menerima aduan mengenai  insiden tersebut.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes sedang dalam siasatan.

“Maklumat lanjut akan menyusul kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN