PETALING JAYA: Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan sesak dari ibu kota menghala ke Utara tanah air susulan peningkatan kenderaan pulang beraya di kampung.
Menurut Facebook rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) , sebanyak enam laluan di lebuh raya itu mencatatkan kesesakan aliran trafik, setakat pukul 8.50 pagi tadi.
Kesesakan trafik arah utara membabitkan laluan Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Sungkai ke hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah, persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak.
Selain itu, LLM turut merekodkan aliran trafik menghala Selatan mulai perlahan.
Trafik mulai perlahan itu melibatkan laluan Putra Mahkota ke R&R Seremban dan laluan Port Dickson ke Senawang, setakat pukul 9.14 pagi tadi. –UTUSAN ONLINE