180 penuntut UMK dari Sabah dan Sarawak memilih beraya di kampus, gara-gara tidak mampu membeli tiket kapal terbang yang mahal.

Tiket mahal, 180 penuntut Sabah, Sarawak beraya di Kelantan

RAZLI Che Razak (tengah) bersama sebahagian pengamal media Kelantan yang menerima bakul raya sumbangan UMK di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sekurang-kurangnya 180 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berasal dari Sabah dan Sarawak memilih beraya di kampus, gara-gara tidak mampu membeli tiket kapal terbang yang mahal.

Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, 60 pelajar terbabit dilaporkan akan beraya di Kampus UMK Kota di Pengkalan Chepa di sini manakala 120 lagi Kampus UMK Jeli.

Prihatin terhadap nasib golongan pelajar terbabit yang berjauhan dari keluarga masing-masing, kata beliau, pihak universiti berusaha menceriakan mereka dengan menyediakan juadah pada hari raya nanti.

“Makanan disediakan untuk pelajar yang beraya di kampus bagi meringankan beban mereka, tambahan pula kebanyakan kedai makanan ditutup lama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

“Tahun ini buat julung kalinya pelajar diberi cuti yang agak lama, iaitu selama sembilan hari,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bakul raya kepada pengamal media Kelantan di sini hari ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pengerusi Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi), Majidah Ismail untuk diagihkan kepada para pengamal media yang bernaung di bawah kelab tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Razli berkata, sehingga kini seramai 5,700 pelajar sudah kembali mengikuti pengajian di semua kampus UMK. 

Katanya, pada September nanti lebih 3,000 pelajar baharu akan mendaftar, menjadikan jumlah keseluruhan penuntut UMK 11,416 orang. – UTUSAN

 

RAZLI Che Razak (tengah) bersama sebahagian pengamal media Kelantan yang menerima bakul raya sumbangan UMK di Kota Bharu hari ini. – UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.