Tangguh RUU kecewakan rakyat

Tangguh RUU kecewakan rakyat

HANIFF KATRI ABDULLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang ditangguhkan dua kali disifatkan tidak memenuhi hasrat rakyat, sebaliknya lebih memihak kepada kepentingan wakil rakyat untuk melompat parti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, wujud kebimbangan bahawa istilah lompat parti yang didedahkan kerajaan sebelum ini telah menggagalkan hasrat untuk menyaksikan anti lompat parti diwartakan sebagai akta.

Katanya, hal itu kerana, takrifan lompat parti digunakan adalah salah dan apabila dibentangkan pada suatu tempoh masa sesuai sudah tidak lagi memenuhi tuntutan     rak­yat tetapi hanyalah kepenti­ngan ahli-ahli parlimen.

“Saya berpandangan, apabila istilah lompat parti didedahkan secara silap, ini menunjukkan kebodohan kerajaan untuk menggubal rang undang-undang yang tidak mencapai hasrat rakyat.

“Sepatutnya, kerajaan merujuk pihak luar se­perti Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk takrifan yang betul dari aspek perundangan dan apabila selesai baharulah dibentangkan di parlimen.

“Mungkin kerajaan hanya merujuk sesama sendiri, memanggil wakil-wakil rakyat pembangkang untuk sesi libat urus bersama mereka, masalahnya mereka adalah wakil rakyat. Sudah pastilah (kesesuaian istilah lompat parti) demi kepentingan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memaklumkan RUU berkenaan yang dijadual dibentang pada Isnin ini ditangguhkan lagi selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan pada 21 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN