Remaja 13 tahun maut tercampak dari motosikal  - Utusan Malaysia

Remaja 13 tahun maut tercampak dari motosikal 

MOTOSIKAL ditunggang Muhammad Arif Danieal Muhammad Razlan (gambar kecil) selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Muhammad Arif Danieal Muhammad Razlan, 13, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Linggi menghala ke Kuala Sungai Baru. 

“Sebelum kemalangan berlaku, sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 44 tahun dari arah sama ingin membelok ke simpang sebelah kanan dan telah berhenti sambil memberikan lampu isyarat kenderaan. 

“Mangsa bagaimanapun gagal mengelak kereta tersebut lalu merempuhnya di bahagian belakang sebelum tercampak,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Arshad berkata, hasil pemeriksaan pegawai penyiasat di lokasi mendapati, kemalangan berpunca daripada faktor kegagalan mengawal kenderaan. 

“Kita telahpun meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN