Polis siasat dakwaan wanita dipukul bekas teman lelaki - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan wanita dipukul bekas teman lelaki

Status dimuat naik mangsa di laman Instagram semalam dengan mendakwa polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan dibuatnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dipukul oleh bekas teman lelakinya di Putrajaya dekat sini pada 27 Mac lalu.

Ini susulan satu kenyataan dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Instagram semalam berkaitan dakwaan polis tidak mengambil tindakan berkaitan kes pukul wanita itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian itu, mangsa mendakwa berlaku pertengkaran dan pergelutan di antara mereka.

“Punca pertengkaran apabila wanita berkenaan tidak dapat menerima teman lelakinya yang sudah berkahwin mahu kembali bersama keluarga.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera,” katanya dalam kenyataan ini. 

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan dengan mengambil keterangan saksi dan pihaknya sedang mendapatkan laporan perubatan untuk melengkapkan siasatan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN