PETALING JAYA: Sabah ‘kerugian’ sekurang-kurangnya RM80.1 juta dalam Pemberian Khas melalui geran tahunan disebabkan pertukaran kerajaan bermula Langkah Sheraton sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih kerajaan. Hal itu kerana, semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kerajaan diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah menggandakannya kepada RM53.4 juta pada tahun 2021 dan merancang memberi RM106.8 juta pada 2022 dan menaikkannya lagi kepada RM108 juta pada 2023.…