PGA rampas mercun untuk pasaran Johor - Utusan Malaysia

PGA rampas mercun untuk pasaran Johor

SEBAHAGIAN mercun yang dirampas PGA dalam serbuan di Kampung Cabang Tiga Bukit Kecil, Gunong, Bachok Kelantan semalam.FOTO : Ihsan PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM254,616 untuk pasaran di Johor selepas membuat serbuan ke atas sebuah premis perniagaan yang dijadikan stor penyimpanan barangan itu, semalam.

Serbuan ke atas premis perniagaan yang terletak di Kampung Cabang 3, Bukit Kechil, Gunong, Bachok itu dilakukan pada pukul 12.30 tengah hari.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa serbuan itu dilakukan, pihaknya telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai penyewa premis perniagaan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam premis berkenaan telah membawa kepada penemuan 81 kotak dan 21 guni berisi pelbagai jenis mercun.

“Siasatan awal mendapati mercun berkenaan akan dipasarkan di Johor dan proses penghantaran akan dilakukan menggunakan lori,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azhari memberitahu, kesemua mercun yang dirampas dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menerusi pangkalan haram yang terdapat di sepanjang di Sungai Golok.

Katanya, mercun-mercun itu diangkut dalam kuantiti kecil dengan menggunakan kereta bagi memudahkan pergerakan dan mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

“Suspek dan semua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Bachok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN