Paip peruntuk RM67 juta naik taraf bekalan air di Jerantut - Utusan Malaysia

Paip peruntuk RM67 juta naik taraf bekalan air di Jerantut

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri menerusi Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) memperuntukkan sebanyak RM67 juta bagi melaksanakan projek penambahbaikkan perkhidmatan bekalan air terawat di Jerantut tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek menaik taraf itu melibatkan lapan buah kawasan yang dikenal pasti oleh Paip kerap mengalami masalah bekalan air di situ. 

“Sebanyak dua projek masih dalam peringkat reka bentuk, iaitu di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Balai dan Kampung Tanah Pindah melibatkan 425 akaun pengguna.

“Enam lagi projek jaringan bekalan air baharu iaitu di Kampung Temin, Kampung Bukit Rang, Kampung Selimbar, Kampung Batu Balai, Kampung Berchang dan Kampung Kuala Damak, manakala di Kampung Paya Teh telah pun siap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai seterusnya menambah, projek tersebut memfokuskan usaha menaiktaraf LRA yang dapat membekalkan air terawat ke kawasan tersebut berasaskan peningkatan jumlah penduduk di samping kerap terputus bekalan ketika musim kemarau. 

“Usaha kerajaan negeri ini apabila saya sendiri saya telah mengadakan mesyuarat berfokus bersama Paip untuk membincangkan tentang masalah bekalan air di semua daerah bagi usaha membaikpulih dengan menaiktaraf LRA dan penggantian paip baharu.

“Selepas ini, saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan Paip bagi membincangkan usaha membaik pulih bekalan air di sesetengah kawasan di Rompin pula,” ujarnya.

Jelasnya, semoga perancangan dan strategi yang diputuskan setiap kali mesyuarat dapat memberi kesan positif kepada rakyat khususnya berkaitan usaha menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN