Mesyuarat Khas Parlimen 11 dan 12 April ini  - Utusan Malaysia

Mesyuarat Khas Parlimen 11 dan 12 April ini 

undi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas Dewan Rakyat akan berlangsung pada 11 April ini. 

Berdasarkan portal rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat khas itu akan disusuli dengan Mesyuarat Khas Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat bagi Dewan Negara pada 12 April ini di Kompleks Parlimen Malaysia.  

Mesyuarat khas berkenaan dikaitkan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai anti lompat parti bagi memudahkan rang undang-undang berkenaan dibentangkan pada masa akan datang. 

Ia setelah Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti ditangguhkan kerajaan buat kali kedua, selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 21 Mac lalu dan bacaan kedua pada 23 Mac lalu. 

Mesyuarat Khas pada hari tersebut antara lain dijangka melibatkan usul had tempoh jawatan Perdana Menteri selama dua penggal. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN