Mara tidak cadang tambah pinjaman, tajaan pelajar

Mara tidak cadang tambah pinjaman, tajaan pelajar

ABDUL RAHMAN Mohamad (kanan) beramah mesra dan bertanyakan khabar dengan pelajar yang menerima wang bantuan persekolahan dan duit raya Yayasan Pelajaran Mara sempena Program Mara Prihatin di Lipis, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Majlis Amanah Rakyat (Mara) belum bercadang untuk meningkatkan jumlah pinjaman dan penajaan penuntut di universiti tempatan serta luar negeri walaupun menyedari kos sara hidup dan pengajian semakin meningkat ketika ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menjelaskan, pihaknya berpandangan pinjaman dan penajaan yang diberikan masih mencukupi untuk yuran pengajian, kos sara hidup dan sebagainya bagi pelajar berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas Program Mara Prihatin di Bangunan UMNO Lipis di sini selepas menyampaikan sumbangan wang zakat, bantuan persekolahan dan duit raya kepada kira-kira 500 orang pelajar dari keluarga B40, golongan asnaf yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), sekolah menengah dan sekolah rendah di Lipis. 

Tahun ini, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) memberikan bantuan persekolahan kepada seramai 7,845 oang pelajar asnaf melibatkan implikasi kewangan bernilai RM847.2 di seluruh negara.

Abdul Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, YPM memperuntukkan sebanyak RM115,000 untuk seramai 1,229 pelajar asnaf di Pahang.

“Inisiatif juga turut dilakukan oleh KPTM dengan menyumbangkan wang zakat bernilai RM200,000 kepada seramai 1,000 orang penerima, iaitu pelajar keluarga B40 dan golongan asnaf.

BANTUAN

“Wang zakat KPTM ini juga diberikan kepada seramai 225 orang pelajar berkenaan di Pahang menerusi sumbangan bernilai 45,000 yang kini masih dalam peringkat penyerahan berakhir menjelang sambutan Hari Raya Aidilfiri minggu depan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau lagi, Mara menerusi Program Mara Prihatin memperuntukkan RM160,000 kepada 1,300 pelajar dari keluarga B40 dan asnaf di Pahang untuk bantuan persekolahan dan hari raya di Pahang tahun ini.

“Dari jumlah tersebut, 300 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Lipis masing-masing menerima bantuan tersebut sebanyak RM100 sempena Program Mara Prihatin Ramadan.

“Usaha ini dapat dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Abdul Rahman menambah, sebahagian daripada jumlah tersebut, sebanyak RM20,000 merupakan bantuan khas YPM untuk seramai 200 orang murid sekolah rendah di Lipis yang layak menerusi maklumat daripada sekolah berkenaan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya