PUTRAJAYA: Seorang bekas pekerja sebuah rumah penyembelihan di Australia mengesahkan dakwaan serta bukti rakaman video cara sembelihan haiwan di situ melanggar protokol adalah benar. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, dia yang enggan namanya didedahkan berkata, rumah itu sepatutnya hanya melaksanakan kerja penyembelihan kira-kira 4,000 ekor haiwan sehari mengikut kapasiti loji yang mempunyai tiga petugas untuk melakukannya, namun diarah memproses sehingga 6,500 ekor sehari demi mengejar keuntungan. “Segala bukti yang didedah berhubung…










