Lalat 'tentera hitam' kurangkan 5 tan sampah sehari di Kelantan

Lalat ‘tentera hitam’ kurangkan 5 tan sampah sehari di Kelantan

TUAN Ibrahim Tuan Man (tengah) melihat lalat BSF yang diternak dalam ruang khas bagi melupuskan bahan sisa organik di Pasar Borong Tanah Merah hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Projek Pengurusan Sisa Lestari yang menggunakan lalat jenis Black Soldier Fly (BSF) atau nama saintifiknya Hermetia illucens dijangka mampu mengurangkan lebih lima tan sampah sehari di negeri ini.

BSF diternak dalam rumah khas dibina di belakang Pasar Borong Tanah Merah, di sini hidup dengan memakan sisa sampah organik yang dikumpul pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).

Projek itu dipelopori MDTM menerusi Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) ll sebelum diperluaskan kepada Majlis Daerah Dabong (MDD), Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan Majlis Daerah Tumpat (MDT).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lalat BSF itu adalah spesies lalat yang terdapat di kawasan beriklim tropika. 

“Lalat BSF membantu melupuskan pelbagai jenis sisa buangan organik harian dan secara tidak langsung meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sampah, memelihara sumber alam semulajadi dan mengurangkan pencemaran alam.

“BSF menggunakan 60 peratus larva lalat jantan dan 40 peratus larva lalathttp://utusan.com.my betina ini memproses sisa dari Pasar Borong Manal dan Pasar Besar Bandar Tanah Merah dengan mengambil masa 14 hingga 21 hari,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Projek Pengurusan Sisa Lestari Menggunakan BSF di Tapak Pasar Borong Tanah Merah, di sini hari ini. 

Tuan Ibrahim berkata, selain mengurangkan pelupusan sisa buangan, pendekatan itu dapat mengurangkan pembebasan tiga tan karbon dioksida selain menghasilkan baja kompos bagi menggantikan penggunaan baja kimia. 

Kata beliau, setiap PBT yang terlibat dalam projek itu menerima peruntukan RM250,000 di bawah GeRAK.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, sebanyak RM2.9 juta bantuan disalurkan di bawah GeRAK kepada 12 PBT di seluruh Kelantan membabitkan pelbagai projek dan program pembangunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN