Jawatankuasa khas segerakan permohonan pekerja asing 

Jawatankuasa khas segerakan permohonan pekerja asing 

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia menubuhkan Jawatankuasa Khas Sementara untuk menyegerakan kelulusan permohonan kuota pekerja asing yang tertangguh. 

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, proses temu duga majikan akan dilaksanakan di Putrajaya. 

Beliau berkata, majikan dikehendaki menandatangani Aku Janji pematuhan perundangan perburuhan yang ditetapkan kerajaan.

“Majikan yang telah menerima tarikh janji temu untuk temuduga akan dihubungi dalam masa terdekat bagi penjadualan semula tarikh temuduga tersebut sekali gus mempercepatkan proses permohonan mereka. 

“Langkah ini penting bagi membantu memenuhi keperluan sektor-sektor bukan pilihan warga tempatan seperti perkilangan, pembinaan dan perladangan. 

“Saya juga ingin mengingatkan sekali lagi bahawa tiada permohonan secara manual akan diproses oleh KSM dan permohonan kuota pekerja asing hanya boleh diakses melalui https://fwcms.com.my/,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Katanya, sebelum ini, kerajaan memutuskan permohonan majikan untuk menggaji pekerja warga asing bagi semua sektor pekerjaan yang dibenarkan telah mula dibuka pada 15 Februari lalu. 

Bagaimanapun, katanya, terdapat permohonan yang mempunyai kekangan untuk diproses disebabkan majikan tidak memenuhi syarat keperluan pematuhan ratio oleh Agensi Kawal Selia (AKS), ketidakpatuhan kepada perundangan perburuhan serta permohonan tidak lengkap.

Saravanan berkata, pihaknya sedar akan keperluan mendesak industri sepanjang tempoh dua tahun lalu susulan tiadanya kemasukan pekerja warga asing bagi menampung kekurangan guna tenaga.

“Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 April lalu telah bersetuju agar proses permohonan kuota pekerja warga asing ini dipercepatkan.

 “Susulan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 April lalu mengarahkan penubuhan One Stop Centre (OSC) Khas dengan penyertaan AKS disegerakan dan diselesaikan. 

“OSC Khas ini mula beroperasi pada 18 April lalu dan akan berakhir pada esok,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya