Eksekutif syarikat minyak terima rasuah projek bernilai RM2.3b  - Utusan Malaysia

Eksekutif syarikat minyak terima rasuah projek bernilai RM2.3b 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Lapan individu termasuk seorang eksekutif di sebuah syarikat minyak terkemuka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah membabitkan projek penyelenggaraan bernilai RM 2.3 Bilion.

Antara yang ditahan juga iaitu seorang bekas eksekutif di syarikat minyak berkenaan.

Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an sehingga 40-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan Sarawak semalam.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, eksekutif berusia 30-an itu dipercayai telah menerima rasuah daripada beberapa syarikat penyelenggaraan sejak 2016.

Kata sumber itu, bayaran itu diterima suspek sebagai balasan mengatur dan memberi projek di bawah seliaannya kepada syarikat-syarikat terlibat.

“Justeru itu, enam orang akan direman di Mahkamah Majistret, Putrajaya manaka dua lagi di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak  pukul 9 pagi ini,” katanya ringkas. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN