Arah hantar makanan dekat van - Utusan Malaysia

Arah hantar makanan dekat van

ABU Hanifah Ahmad Ismail bersiap sedia untuk menghantar makanan yang dipesan pelanggannya Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bermacam-macam ragam individu yang ponteng puasa termasuk membuat pesanan melalui perkhidmatan p-hailing dan meminta untuk menghantarnya ke lokasi yang sukar ditemui.

Itu pengalaman yang dilalui oleh seorang pekerja penghantar makanan, Abu Hanifah Ahmad Ismail, 28, yang berhadapan situasi tersebut apabila menerima pesanan makanan di Bandar Puchong Jaya, Puchong baru-baru ini.

Menurutnya, pada awalnya, pelanggan tersebut sukar dikenal pasti beragama Islam atau sebaliknya kerana tidak menggunakan nama sebenar, malah, lokasi penghantarannya juga bukanlah di rumah atau pejabat.

“Tetapi dalam van milik syarikat, mula-mula memang susah hendak jumpa sebab pelanggan berkenaan tidak menggunakan alamat tetap seperti rumah ataupun tempat kerja.

“Lebih mengejutkan, apabila yang terima itu rupa-rupanya beragama Islam malah siap hulur tip RM5 sebagai upah menghantar makanan kepadanya di dalam van. Dia kata, alasan ponteng puasa sebab tak bangun sahur,” katanya ketika ditemui.

Abu Hanifah menjelaskan, pada awal dia hampir berputus asa mencari lokasi penghantaran makanan kerana pelanggan terbabit tidak nyatakan dengan jelas alamatnya, hanya sekadar berkongsi lokasi menerusi aplikasi Whatsapp.

Katanya, apabila dihubungi, baru dia memaklumkan sedang menunggu makanan di dalam sebuah van.

“Pelanggan itu meminta saya segera menghantar makanan kerana dia perlu menghantar barang pelanggannya, memandangkan dia bekerja sebagai penghantar barang.

“Selang 15 minit kemudian, saya tiba di lokasi yang diberikan, iaitu di Jalan Bandar Puchong Jaya, dengan dia bersama seorang rakannya telah menunggu di dalam van,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN