40 anak yatim, asnaf terima bantuan daripada Yayasan Bank Rakyat - Utusan Malaysia

40 anak yatim, asnaf terima bantuan daripada Yayasan Bank Rakyat

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin (kanan) beramah mesra bersama sebahagian anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak-Anak Yatim & Miskin Baitu Saidati Khadijah ketika majlis berbuka puasa di Pullman Bangsar di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 40 anak-anak daripada asrama pertubuhan kebajikan anak yatim dan miskin Baitu Saidati Khadijah mendapat bantuan persiapan untuk menyambut hari perayaan Aidilfitri.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, penerima-penerima itu terdiri daripada golongan anak yatim dan asnaf.

Katanya, bantuan yang disampaikan ketika majlis berbuka puasa YBR itu adalah sebahagian daripada program tahunan sepanjang bulan Ramadan.

“Program yang menjadi acara tahunan ini amat menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama anak yatim, miskin dan gelandangan yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat luar.

“Saya berharap agar sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan lebih meriah apabila kerajaan telah memberikan kebenaran kepada rakyat untuk pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara,” katanya dalam ucapan malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah semua ahli lembaga pemegang amanah dan warga kerja YBR.

Sementara itu, Penyelia Asrama, Esah Abdullah berkata, pihaknya mengucap terima kasih dan berbesar hati menerima sumbangan daripada YBR.

“Kami amat mengalu-alukan sumbangan seperti hari ini kerana sekurang-kurangnya ia menandakan anak-anak ini mendapat perhatian daripada pihak luar.

“Ini akan memberi rasa keterujaan untuk anak-anak ini menyambut Aidilfitri sama seperti masyarakat luar tanpa rasa terasing dan terpinggir,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya