24 jam terapung, nelayan anggap bagai mati hidup semula

24 jam terapung, nelayan anggap bagai mati hidup semula

ROSMADI Rahim (kanan) menceritakan pengalamannya terapung hampir 24 jam selepas bot dinaiki bersama dua rakan karam di perairan Pulau Kapas, Terengganu, Selasa lalu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Dua nelayan terapung hampir 24 jam di laut namun akhirnya diselamatkan selepas bot dinaiki bersama seorang tekong karam di perairan Pulau Kapas, dekat sini, Selasa lalu. 

Rosmadi Rahim, 48, berkata, dia dan Anuar Mohammed Nor, 57, seperti mati hidup semula apabila diselamatkan nelayan lain pada pukul 11 malam selepas hanyut ke Pulau Tenggol dan perairan Kertih. 

Katanya, mereka bersama tekong, Wan Mustapha Ayub, 63, yang masih hilang bertekad terjun ke laut dengan masing-masing hanya berpaut pada pelampung pukat setiap seorang selain jaket keselamatan berikutan bot yang bocor dibadai ribut, kira-kira kira pukul 2 pagi.

“Tekong kurang mahir berenang dan mengadu sangat penat, tetapi dia tidak henti berdoa supaya kami diselamatkan nelayan lain. 

“Jarak kami terapung dekat antara satu sama lain dan saya tidak sedar bila kami terlelap, apabila terjaga didapati Wan Mustapha tiada bersama sama ada dia tenggelam atau dihanyutkan arus,” katanya ketika ditemui pemberita  di Kampung Seberang Pintasan, di sini semalam. 

Menurut Rosmadi, mereka bertiga keluar menangkap ikan pada Isnin dan ribut kuat menyebabkan bot pukat tunda dinaiki terumbang-ambing hingga dimasuki air dan bocor. 

Katanya, ketika itu tekong sempat memecut bot untuk meminta bantuan nelayan lain, malangnya gagal kerana bot mereka tenggelam dengan pantas. 

“Semasa hanyut, kami hanya mampu berdoa dan minum air laut apabila lapar. Syukur, kami ditemukan nelayan lain dan dapat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN