24 anak jagaan JKM Melaka diraikan  - Utusan Malaysia

24 anak jagaan JKM Melaka diraikan 

MUHAMMAD AFIQ Ikhwan memberikan duit raya kepada anak-anak di bawah jagaan JKM Melaka dalam satu majlis yang diadakan di Selat Avenue Riviera, Pulau Melaka, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 24 anak-anak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri teruja apabila diraikan dalam program berbuka puasa anjuran Benojaya Group Sdn. Bhd. dan Gramixx Sdn. Bhd. 

Anak-anak yang ditempatkan di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun di sini itu diberikan layanan istimewa sajian bufet di Selat Avenue Riviera, Pulau Melaka dan menerima sumbangan cenderahati serta duit raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Pengarah Benojaya Group Sdn. Bhd., Datuk Muhammad Afiq Ikhwan berkata, program itu dianjurkan bagi memastikan golongan tersebut tidak terkecuali daripada menghayati keindahan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang. 

“Anak-anak ini sebahagiannya merupakan mangsa keadaan dan mendapat perintah perlindungan daripada mahkamah untuk dijaga di bawah JKM. 

“Melihat kepada situasi tersebut, kita cuba bawakan kegembiraan kepada mereka ini agar dapat bersama-sama menikmati dan mencipta memori keindahan Ramadan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau turut difahamkan, rumah tersebut menempatkan anak-anak yang terlibat dalam pelbagai kes di bawah Akta Kanak-kanak termasuk penderaan dan pengabaian. 

“Kesemua 24 anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz berusia satu hingga 18 tahun telah diraikan pada program hari ini. 

“Difahamkan, sebelum ini, rumah tersebut merupakan Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Azizi dan telah diwartakan semula untuk menempatkan kanak-kanak lelaki (bayi sehingga usia enam tahun) dan perempuan (sehingga 18 tahun),” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya