Waktu operasi baharu Taman Eko Rimba - Utusan Malaysia

Waktu operasi baharu Taman Eko Rimba

Taman Eko Rimba Kanching antara taman eko rimba yang dibenarkan beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua taman eko rimba (TER) di negeri ini ditetapkan beroperasi mengikut waktu baharu bermula 1 April depan.

Menurut laman Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), semua taman itu akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Aktiviti perkhemahan melibatkan bermalam di TER turut dibenarkan oleh jabatan berkenaan.

Pada 7 Disember lalu, peminat sukan pendakian di Selangor menarik nafas lega apabila sembilan taman eko rimba dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Namun, aktiviti pendakian dibenarkan dari 7.30 pagi sehingga pukul 3 petang manakala aktiviti perkhemahan bermalam tidak dibenarkan.

TER yang dibenarkan ialah Taman Eko Rimba Sungai Tua, Sungai Sendat, Templer dan Komanwel.

Lima lagi lokasi lain ialah Taman Eko Rimba Kanching, Sungai Tekala, Sungai Gabai, Sungai Congkak dan Kota Damansara.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/ 7507 / 7337 atau emel [email protected]. atau melayari laman sesawang http:// forestry.selangor.gov.my.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya