Tour Gateh D'Tranung kembali 20 Mac ini - Utusan Malaysia

Tour Gateh D’Tranung kembali 20 Mac ini

WAN Sukairi Wan Abdullah (tengah) selepas sidang akhbar perlumbaan Jelajah Terengganu atau Tour Gateh D'Tranung di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini. - TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perlumbaan Jelajah Terengganu atau Tour Gateh D’Tranung kembali dianjurkan selepas 11 tahun dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM60,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, siri perlumbaan lima peringkat yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac ini turut menampilkan dua gergasi negara, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC).

Katanya, antara peserta lain ialah pasukan Singapura, Specialized Dynasty Mavericks di samping skuad berbasikal negeri-negeri sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

“Kita berhasrat menjadikan siri Jelajah Terengganu sebagai acara dwitahunan negeri dan jika mendapat sambutan menggalakkan, tidak mustahil ia boleh dibuat setiap tahun,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Peringkat pertama perlumbaan bermula pada 21 Mac ini dari Pantai Batu Buruk di sini ke Jertih, Besut sejauh 130.9 kilometer disusuli kedua sejauh 163.8 kilometer (Permaisuri, Setiu ke jambatan Pulau Poh, Tasik Kenyir);  Marang ke Dungun (145.1 kilometer) dan Dungun ke Kemaman (111.4 kilometer).

Perebutan jersi kuning, hijau, merah dan putih bakal berakhir di perlumbaan kriterium pada peringkat kelima di jambatan angkat atau drawbridge melibatkan jarak 45 kilometer. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN