Seramai 20,675 daftar duduki SPM 2021 di Pahang, lima calon ambil di hospital - Utusan Malaysia

Seramai 20,675 daftar duduki SPM 2021 di Pahang, lima calon ambil di hospital

MOHAMMAD Rosli Abdul Rahman (kanan) dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar, Hasrudin Abbas menyantuni calon SPM 2021 di sekolah berkenaan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 20,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di seluruh negeri ini yang bermula hari ini sehingga 29 Mac depan. 

Ia melibatkan seramai 10,137 calon SPM lelaki dan 10,538 perempuan membabitkan 264 pusat peperiksaan. 

Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, 1,470 calon dari sekolah agama negeri dan rakyat dan 817 lagi calon persendirian. 

“Dalam pada itu, terdapat juga lima orang calon SPM terpaksa menduduki peperiksaan di hospital negeri ini kerana mengalami masalah kesihatan.

“Selain itu, terdapat kira-kira 125 calon pula dikenal pasti sebagai calon berkeperluan khas (CBK) manakala seramai 214 adalah calon swasta.

“Semua calon tersebut menduduki peperiksaan di 264 pusat peperiksaan yang telah dikhaskan di seluruh negeri ini,” katanya ketika mengadakan lawatan sempena peperiksaan SPM 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Rosli berkata, jabatan itu turut mengesahkan bahawa setakat ini di Pahang tiada calon SPM yang didapati positif Covid-19.

“Kita tetap membuat pemantauan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti saringan terhadap calon dari masa ke semasa. 

“Setakat ini juga (hari ini) kita tidak menerima sebarang laporan tentang calon positif Covid-19 kerana peperiksaan baharu sahaja bermula. 

“Namun kita sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan begitu menitikberatkan pematuhan SOP dalam kalangan calon-calon,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN