TAMPIN: Berjaya menyelesaikan satu kes bunuh kurang enam jam antara pengalaman tidak boleh dilupakan Sarjan Mejar Ramli Juri sepanjang lebih 40 tahun perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ramli, 60, berkata, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2001 ketika bertugas sebagai Ketua Balai Polis Gemencheh di sini. “Kejadian berlaku di pekan Gemencheh dan saya masih ingat ketika saya membuat rondaan kira-kira pukul 3 pagi, saya ternampak seorang lelaki mencurigakan berjalan…










