Persatuan OKU buat laporan polis terhadap Kak Long 7E - Utusan Malaysia

Persatuan OKU buat laporan polis terhadap Kak Long 7E

FAKHRUDDIN Zakaria (tengah) bersama sebahagian ahli Pokuat membuat laporan polis terhadap Kak Long 7E di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Terengganu hari ini. - TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (Pokuat) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa mempersendakan golongan OKU dalam media sosial, kelmarin. 

Presidennya, Fakhruddin Zakaria, berkata, langkah itu bagi memastikan wanita dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ berdepan tindakan tegas kerana perbuatan biadab semata-mata untuk mencari publisiti. 

“Kami mahu satu akta dibuat agar tindakan dikenakan kepada sesiapa yang menghina OKU sebagai pengajaran kepada pesalah.

“Walaupun ada permohonan maaf, namun, tidak mencukupi kerana seolah-olahnya dia tidak mengambil iktibar dan berulang kali melakukan kesilapan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 31 saat yang memaparkan wanita berkenaan melakukan mimik muka dan perwatakan memperlekehkan golongan OKU.

Laporan polis ini merupakan yang kedua  terhadap wanita berkenaan selepas seorang jurutera mekanikal di Subang Jaya, Selangor mengambil tindakan sama, semalam. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN