Harga RFID RM35 perlu dikaji semula - Utusan Malaysia

Harga RFID RM35 perlu dikaji semula

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan kerajaan sedia berunding dengan syarikat perkhidmatan pembayaran elektronik, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnG Sdn. Bhd.) untuk mengurangkan harga Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Fadillah berkata, harga RFID yang kini berharga RM35 perlu dikaji semula oleh syarikat itu yang menjadi penyedia perkehidmatan bagi sistem kutipan tol di semua lebuh raya di Malaysia.

“Merujuk kepada harga jualan semasa bagi tag RFID adalah bernilai RM35, di mana ia merangkumi kos tag RFID, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian.

“Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah meminta supaya pihak TnG Sdn Bhd untuk mengkaji semula kos-kos berkenaan bagi tujuan mengurangkan harga jualan tag tersebut,” katanya.

Persoalan itu telah dibangkitkan oleh Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam-Bersatu) yang meminta Kementerian Kerja Raya untuk menyatakan perkembangan pelaksanaan RFID dan sejauh mana penggunaannya dapat mengatasi ksesakan di plaza tol.

Mengulas lanjut, Fadillah memaklumkan, dengan penggunaan RFID dan Smart Tag, sebanyak 1,000 kenderaan direkodkan menggunakan plaza tol pada setiap satu jam berbanding hanya 450 kenderaan oleh pengguna yang mengguna Touch ‘n Go pada tempoh yang sama.

“Data juga mendapati pengguna RFID meingkat kepada 18 peratus,” katanya.
Tambah Fadillah, inisiatif pelaksanaan RFID bukan suatu perancangan yang drastik namun telah dilaksanakan melalui projek rintis RFID melibatkan plaza tol sistem terbuka di Lembah Klang sejak tahun 2017.

“Manakala, pelaksanaan projek rintis RFID bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pula pada peringkat awal bermula pada 1 Januari 2020 hanya melibatkan 10 plaza tol sistem terbuka merangkumi plaza tol antaranya di jambatan Pulau Pinang, LINKEDUA dan Butterworth-Kulim Expressway (BKE),” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya