MTIB sediakan RM1.44 billion untuk usahawan kayu

MTIB sediakan RM1.44 billion untuk usahawan kayu

MAHPAR Atan (tengah) menanam benih pokok paulownia dalam Majlis Perasmian Projek Perladangan Paulownia Huu Haq di Hutan Simpan Sokor Taku, Tanah Merah. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyediakan peruntukan pinjaman berjumlah RM1.44 bilion bagi membantu usahawan industri perkayuan bermula 2007 sehingga 2025.

Ketua Pengarah MTIB, Mahpar Atan berkata, pinjaman itu melibatkan dua fasa dan merupakan usaha kerajaan bagi merancakkan projek pembangunan perladangan hutan dan industri perkayuan di seluruh negara.

Katanya, bagi fasa pertama yang bermula 2007 sehingga 2020, lebih 129,000 hektar kawasan perladangan hutan telah dibangunkan dengan peruntukan berjumlah RM940 juta.

 “Dalam tempoh itu juga pihak MTIB telah menandatangani sebanyak 87 perjanjian pinjaman dengan usahawan perkayuan dengan kemudahan pengecualian bayaran balik pinjaman bagi tempoh 15 tahun sehingga hasil dapat dituai.

“Sementara itu bagi fasa kedua yang bermula pada 2021 sehingga 2025, kerajaan memperuntukkan pinjaman tambahan RM500 juta lagi bagi menjayakan program ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Perladangan Paulownia Huu Haq Resources Sdn. Bhd, (Huu Haq) di Hutan Simpan Sokor Taku, di sini.

Turut hadir Pengerusi Huu Haq, Datuk Wan Rahmat Marzuki Wan Isa dan Pengarah Urusan syarikat itu, Wan Mohd. Boestaman Sharudin.

Sementara itu Wan Rahmat Marzuki berkata, pihaknya mengusahakan projek perladangan seluas 200 hektar bermula pada 2019 dengan membekal dan menjual benih kepada pengusaha yang berminat menceburi industri perladangan tanaman paulownia.

“Di China dan Jepun, pokok paulownia mendapat permintaan tinggi kerana digunakan bagi membuat perabot dan barangan hiasan, selain turut digunakan dalam industri pembinaan marin dan pembuatan bot.

“Kita harap dengan adanya sokongan daripada kerajaan, industri kayu paulownia mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” ujarnya.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.