Lantikan guru opsyen BI perlu capai tahap CEFR C1 -  KPM - Utusan Malaysia

Lantikan guru opsyen BI perlu capai tahap CEFR C1 –  KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pelantikan guru baharu bagi opsyen Bahasa Inggeris (BI) perlu mengambil kira penguasaan pada tahap ‘proficient’ iaitu tahap Common European Framework of Reference For Language (CEFR) C1 bermula tahun ini. 

KPM berkata, ketetapan baharu itu terpakai bagi guru interim BI yang dilantik pada 22 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini. 

Menurutnya, mereka juga perlu memenuhi syarat CEFR C1 dan lulus temuduga sebelum dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan setiap murid yang melalui sistem pendidikan di Malaysia perlu mahir dan fasih berbahasa Melayu serta mahir berbahasa Inggeris pada tahap ‘independent proficiency, seperti yang ditakrifkan oleh CEFR. 

“Bagi guru interim BI yang akan tamat tempoh lantikan interim pada 21 April 2022, tetapi, tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan turut ditemu duga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP dalam masa terdekat,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, mereka perlu mencapai tahap CEFR C1 dalam tempoh percubaan, iaitu satu hingga tiga tahun bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. 

KPM berkata, Kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan kompetensi guru BI bagi memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 

“Ini secara langsung akan meningkatkan tahap penguasaan murid dalam BI seperti yang diaspirasikan berdasarkan piawaian antarabangsa CEFR,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya