Hujan lebat punca banjir kilat di Batu Gajah - Utusan Malaysia

Hujan lebat punca banjir kilat di Batu Gajah

TANGKAP layar video keadaan banjir yang melanda pekan Batu Gajah semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Taburan hujan yang tinggi menjadi punca banjir kilat di beberapa kawasan sekitar di sini petang semalam. 

Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Mohamad Razif Ramli berkata, taburan hujan semalam mencatat 127.6mm dengan julat lima kali ganda berbanding taburan normal. 

Menurutnya, ini menyebabkan peningkatan aras air sungai yang melebihi tahap selamat di beberapa kawasan di sini.

“Ia melibatkan Sungai Resam dekat Jalan Pusing,  Sungai Busuk di pekan Batu Gajah, Sungai Batu di kawasan Kampung Sentang, Jalan Tanjung Tualang dan di Sungai Sheikh Johan dekat Jalan Tanjung Tualang apabila aliran air sungai ini masuk ke Sungai Kinta di  Batu Gajah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Mohamad Razif, keseluruhannya kawasan taman perumahan yang berada dalam radius tiga kilometer dari aliran sungai tersebut, terjejas akibat banjir kilat. 

Beliau berkata, bagi kawasan Sheikh Johan di Jalan Tanjung Tualang, punca banjir disebabkan aliran air tanah tinggi dari kebun kelapa sawit yang berhampiran.

“Tindakan jangka masa pendek MDBG ialah menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa yang telah menutupi longkang-longkang utama akibat banjir semalam. 

“MDBG juga melakukan penyelenggaraan kerosakan struktur longkang yang menyekat aliran air. Penyediaan kolam tadahan dan penyelenggaraan juga telah dilaksana di beberapa lokasi bagi mengurangkan kelajuan aliran air yang menyebabkan banjir kilat,” katanya. 

Menurutnya, beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan yang menghalang aliran trafik juga dapat diselesaikan dalam tempoh satu jam setelah aduan diterima oleh MDBG.

Katanya, sebagai tindakan susulan, satu mesyuarat khas akan diadakan esok melibatkan agensi pentadbiran dalam daerah kawasan operasi MDBG bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di sini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya