Gerakan pilih setia bersama PN

Gerakan pilih setia bersama PN

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tidak berhasrat meninggalkan Perikatan Nasional (PN) walaupun melalui dua episod kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) bersama gabungan itu.

Timbalan presidennya, Oh Tong Keong berkata, Gerakan akan tetap setia bersama PN termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun ujar beliau, pihaknya mengambil maklum mengenai corak dan kecen­derungan pengundi terhadap parti itu dan PN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kepemimpinan parti akan berbincang dan mengkaji semula strategi baharu yang bakal digunakan untuk PRU akan datang supaya mendapat sokongan daripada pengundi dan kepercayaan penyokong kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Setakat ini, Gerakan masih gagal mendapat sokongan pengundi apabila kesemua calon mereka yang bertanding di bawah logo PN iaitu lima dalam PRN Melaka dan tujuh di Johor tewas.

Mengulas lanjut, Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan negeri berkata, pihaknya menghormati pilihan dan keputusan yang dibuat pengundi di Johor dan akan mengkaji sebab-sebab yang menyaksikan keputusan seperti yang diperoleh semua parti.

“Apa yang pasti kami melihat pengundi khususnya golongan Melayu mahukan kestabilan politik kerana dengan itu, ekonomi negeri Johor dapat membangun dan ini memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) terutamanya yang melancarkan manifesto ke arah memanfaatkan rakyat,” katanya.

Dalam konteks di Pulau Pinang pula ujar beliau, Gerakan sentiasa mengutamakan kepentingan serta hak rakyat dan berharap mendapat kepercayaan pengundi dalam keadaan politik yang sentiasa berubah.

“Sekiranya Gerakan dapat melancarkan rancangan yang lebih memanfaatkan rakyat, membantu rakyat dari segi meningkatkan ekonomi masyarakat dan negeri, kita yakin akan mendapat kepercayaan pengundi.

“Ini kerana rakyat bukan sahaja menolak amalan rasuah, tetapi juga mahukan pembangunan dan kelestarian di sesebuah negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN