Fasa peralihan endemik legakan penggiat seni - Utusan Malaysia

Fasa peralihan endemik legakan penggiat seni

AWALUDIN SAID (tengah) beramah mesra bersama pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz (dua dari kiri) dan Ebby Yus (kiri) pada Majlis Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Seremban hari ini.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengumuman kerajaan untuk negara ke fasa peralihan endemik bermula 1 April depan sangat memberikan kelegaan buat penggiat seni tanah air.

Bagi pelakon dan pelawak, Ebby Yus atau nama lengkapnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, memasuki ke fasa peralihan endemik merupakan waktu yang cukup dinantikan penggiat seni selepas golongan itu antara yang sangat terkesan sewaktu tempoh pandemik Covid-19.

“Fasa peralihan endemik ini sebenarnya ditunggu oleh golongan seniman kerana memang kerja kami itu berdepan dengan masyarakat dan orang ramai. Apabila banyak kekangan sewaktu pandemik, ramai penggiat seni terjejas dan susah.

“Memang fasa endemik amat membantu kerana kami sudah nampak cahaya baharu yang akan hadir untuk memeriahkan industri hiburan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di sini hari ini.

Majlis anjuran bersama agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Negeri Sembilan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota yang juga Ahli Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr. Awaludin Said.

Yang hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Ahmad.

Dalam pada itu, Awaludin turut berkata, pandemik Covid-19 memang memberikan sedikit kesukaran kepada golongan seni untuk bekerja kerana terdapatnya keperluan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Memasuki 1 April nanti iaitu ke fasa peralihan endemik, didoakan supaya selepas ini penggiat seni negara ini dapat kembali memeriahkan industri dan juga menceriakan majlis-majlis keramaian,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN