KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta kepemimpinan parti itu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang didakwa tidak membantu berkempen sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bercakap kepada Utusan Malaysia, ahli MPT Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata, tindakan Zuraida tidak mempedulikan hal parti perlu dipandang serius. “Saya berharap agar kepemimpinan Bersatu tak pandang ringan dalam hal ini, secara halus hakikatnya…










