200 anggota NUBE bantah HSBC di Pulau Pinang

200 anggota NUBE bantah HSBC di Pulau Pinang

LEBIH 200 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengadakan bantahan atas dakwaan ketidakadilan, diskriminasi serta keengganan HSBC Bank Malaysia menyelesaikan 300 pertikaian industri di bangunan HSBC Bank cawangan Pulau Pinang di Jalan Downing, Georgetown. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Lebih 200 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) berkumpul di hadapan bangunan HSBC Bank di sini bagi membantah beberapa tindakan bank itu yang disifatkan tidak adil, tidak profesional serta penuh dengan diskriminasi terhadap pekerja mereka.

Selain Pulau Pinang, siri bantahan atau protes yang sama iaitu melibatkan 300 pertikaian industri sejak 2019 itu turut diadakan di Johor kira-kira dua minggu lalu.

Sementara itu, bantahan selama satu jam di Pulau Pinang itu turut diselangi dengan teriakan kata-kata semangat seperti ‘Hidup Pekerja’, ‘Jangan Tindas Kami’ dan sebagainya selain mengecam tindakan bank berkenaan yang disifatkan melampaui batas.

Beberapa anggota polis dilihat turut berkawal bagi memastikan penganjur tidak melanggar batas yang ditetapkan selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berhimpun.

Menurut Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon, pihaknya akan terus mengadakan bantahan seperti itu sebagai jalan terakhir seperti yang termaktub dalam peruntukan undang-undang buruh jika jalan penyelesaian yang dicari belum ada.

“Mereka (pengurusan bank) juga nampaknya seperti sengaja mengelak daripada berunding untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala aduan dan pertikaian industri yang dibangkitkan ini,” katanya.

Difahamkan, antara pertikaian industri dikenal pasti termasuk enggan menghormati undang-undang buruh Malaysia termasuk peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 selain didakwa menghina pekerja beragama Islam.

Dalam perkembangan berasingan, kata Solomon, himpunan itu juga diadakan bagi membantah dasar kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, InvestPenang yang menjalin kerjasama dengan Bank HSBC.

Katanya, InvestPenang tetap menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu Oktober lalu meskipun menyedari latar belakang,imej serta reputasi negatif bank itu di peringkat global.

“Surat bantahan itu kami telah hantar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang sejak bulan 12 tahun lepas lagi. 

“Bagaimanapun, awal tahun ini baru kami menerima balasan, namun, jawapan yang diharap mengecewakan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.