YBR bantu ringankan beban keluarga B40 menjelang sesi persekolahan - Utusan Malaysia

YBR bantu ringankan beban keluarga B40 menjelang sesi persekolahan

MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan keluarga B40 disantuni dengan bantuan menerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM70,000 kepada 700 murid sekolah rendah dan menengah di Shah Alam, Puchong dan Kota Raja. 

Bantuan tersebut diserahkan bersempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan pada bulan Mac akan datang.

Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu mereka terutamanya keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan bagi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing

“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

“Untuk makluman sehingga kini, seramai 39,397 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM5.12 juta sejak dari tahun 2018,” jelasnya menerusi kenyataan rasmi itu. 

Penyampaian replika cek bantuan persekolahan ini telah disempurnakan Penasihat Kelab Mawarku Shah Alam, Datuk Azahari Shaari. 

Turut hadir dalam majlis itu adalah Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Megat Zulkarnain menjelaskan YBR sedar dengan beban yang dialami kumpulan itu terutama bagi  apabila masih bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak beberapa tahun ini. 

“Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi persiapan persekolahan diharapkan akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak dalam memulakan sesi akademik persekolahan 2022 dan 2023,” katanya.  –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya