PETALING JAYA: “Apa yang cuba Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sorok”. Persoalan itu dibangkitkan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh yang menuntut SPR menjawab dan memberikan jawapan yang telus mengenai keengganan badan itu menjual data senarai pemilih terutamanya di Johor. “Kita tahu bagaimana sistem SPR beroperasi, setiap tahun maklumat-maklumat pemilih akan diwartakan sebanyak empat kali. “Namun untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, terdapat penambahan pemilih-pemilih susulan daripada keputusan…










