Selangor menuju teknologi pertanian pintar sepenuhnya - Utusan Malaysia

Selangor menuju teknologi pertanian pintar sepenuhnya

AMIRUDIN Shari (dua dari kiri) dan Izham (kiri) menyapa salah seorang pemenang Ikon Agro Selangor 2021 di Wisma PKPS di Shah Alam, Selangor malam tadi. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Teknologi tinggi dan pintar akan difokus serta diadaptasi dalam kegiatan pertanian di negeri ini, seiring dengan perkembangan kemajuannya.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pemilihan Ikon Agro Selangor 2021 misalnya melibatkan 90 peratus usahawan tani yang menggunakan inovasi teknologi tinggi sebagai kaedah pertanian pintar.

“Sebagai contoh, antara pemenang Ikon Agro Selangor 2021 adalah dalam kalangan pembekal teknologi pertanian pintar.

“Hanya satu daripada 10 Ikon Agro Selangor menggunakan kaedah pertanian secara konvensional. Yang lain, kegiatan pertanian secara pintar diadaptasi dengan sangat jelas,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Ikon Agro Selangor 2021 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) malam tadi.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Izham Hashim.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pertanian pintar dapat dikembangkan selaras hasrat kerajaan menjadi negeri pintar dengan bantuan Ikon Agro Selangor terbabit.

“Selepas ini, semua Ikon Agro Selangor akan menjadi mentor kepada petani muda di negeri Selangor dan kita berharap  kaedah pertanian pintar dapat diajar kepada mereka sebagai kaedah bertani yang terbaik,” ujarnya.

Terdahulu, Amirudin menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang Ikon Agro Selangor 2021 yang menerima hadiah bernilai RM10,000 manakala tujuh pemenang saguhati masing-masing memenangi hadiah bernilai RM500. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya