Raja Muda Perlis titah perbanyak aktiviti tingkatkan kesedaran cegah kanser - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis titah perbanyak aktiviti tingkatkan kesedaran cegah kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah agar semua pihak menjayakan pelbagai aktiviti sempena Hari Kanser Sedunia 2022 bagi meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan kanser.

“Kempen tersebut telah dilaksanakan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi memperingati ‘Hari Kanser Sedunia’ yang disambut pada 4 Februari setiap tahun,” titah baginda di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, kanser
merupakan satu daripada lima penyakit utama yang menjadi punca kematian rakyat di negara ini sejak beberapa dekad lalu.

Katanya, seperti kebanyakan negara maju dan negara membangun yang lain, Malaysia mengalami peralihan epidemiologi di mana penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup terutamanya kanser semakin meningkat.

Ujarnya, berdasarkan fakta kesihatan Kementerian Kesihatan 2021, kanser menyumbang kepada 11.56 peratus daripada jumlah kematian di hospital kerajaan pada 2020 berbanding hanya 9.34 peratus pada 2000.

“Secara keseluruhan, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah kanser payudara iaitu 19 peratus diikuti dengan kanser kolorektal atau usus besar (13.5 peratus) dan kanser paru-paru (9.8 peratus).

“Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku iaitu sebanyak 16.9 peratus dan dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9 peratus),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya