Pusat Tuisyen IQ Ilham jadi tumpuan pelajar di Perlis - Utusan Malaysia

Pusat Tuisyen IQ Ilham jadi tumpuan pelajar di Perlis

NOR AZILA AHMAD dibantu Muhammad Sahir Othman mengajar para pelajar yang mengikuti kelas tuisyen yang diusahakan pasangan suami isteri itu di Pusat Tuisyen IQ Ilham di Taman Tengku Budriah, Pauh, Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Bermula sekadar membantu mengajar anak-anak jiran di rumah di Taman Pauh Indah, pasangan suami isteri melebarkan sayap membuka pusat tuisyen sendiri di Taman Tengku Budriah, Pauh di sini sejak 2018.

Pusat Tuisyen IQ Ilham dan Pusat Literasi IQ Ilham yang diusahakan Penolong Jurutera di sebuah universiti tempatan di sini, Muhammad Sahir Othman, 34, dan isteri, Nor Azila Ahmad, 34, kini memberi perkhidmatan kepada lebih 300 pelajar sekolah rendah dan menengah.

Berikutan sambutan memberangsangkan, pasangan suami isteri itu membuka sebuah lagi cawangan di Kangar Jaya yang bakal beroperasi bermula 1 Mac ini.

Pusat tuisyen tersebut diuruskan sepenuh masa oleh Nor Azila yang merupakan seorang tutor dan lulusan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.

Muhammad Sahir memberitahu, pengajaran dan pembelajaran di pusat tuisyen tersebut melibatkan murid-murid seawal darjah satu sehingga darjah enam bagi sekolah rendah dan tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

Selain itu, katanya, pihaknya juga menyediakan kelas literasi membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selain kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menerusi Pusat Literasi IQ Ilham itu.

“Sekolah rendah kita menawarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bagi sekolah menengah, ia melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Sejarah dan pelbagai lagi subjek lain,” katanya.

Tambah Muhammad Sahir, seramai 28 guru atau tenaga pengajar yang berpengalaman bertugas di Pusat Tuisyen IQ Ilham itu.

“Selain itu, kita juga menyediakan buku bacaan sendiri yang lebih mudah difahami. Selain tenaga pengajar yang berpengalaman, suasana pembelajaran di pusat tuisyen ini juga selesa selain kita mengetengahkan kaedah yang sesuai dengan silibus pembelajaran di sekolah.

“Yuran pula serendah RM20 sebulan bagi satu subjek manakala bagi kelas bersemuka melibatkan seorang guru dan seorang pelajar ialah RM27 bagi satu sesi. Selain pelajar dari Perlis, kita juga mempunyai pelajar-pelajar yang datang dari Kedah,” katanya.

Mereka yang berminat mendaftar d Pusat Tuisyen IQ Ilham boleh menghubungi di talian 019-5096798 untuk cawangan Pauh dan Nor Azila di talian 011-11467987 bagi cawangan Kangar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya