PETALING JAYA: Prosedur operasi standard (SOP) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak wajar dilonggarkan memandangkan kes positif Covid-19 di Malaysia semakin meningkat. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, kelonggaran SOP itu hanya mengundang masalah. Beliau berkata, dengan pelaksanaan SOP ketat seperti yang diterapkan di PRN Melaka dan Sarawak, proses pilihan raya itu tetap dapat dilaksanakan…