SUNGAI PETANI: Kebanyakan penduduk di Taman Sri Bayu Fasa 2, Sungai Lalang di sini mendakwa terpaksa membeli air mineral untuk minum dan memasak kerana bekalan air bersih sering mengalami gangguan sejak tiga tahun lalu. Walaupun mereka tinggal di kawasan pinggir bandar, namun penduduk tidak mendapat bekalan air yang dibekalkan Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) secukupnya. Seorang penduduk, Marina Ramli, 49, berkata, dia dan penduduk lain terpaksa membeli air…










