Calon BN penuhi aspirasi bawa kestabilan - Utusan Malaysia

Calon BN penuhi aspirasi bawa kestabilan

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Semua 56 calon dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memenuhi aspirasi rakyat bagi membawa angin perubahan baharu setelah negeri ini berhadapan ketidakstabilan lebih tiga tahun.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan kesan mendalam terhadap landskap ekonomi dan pembangunan yang perlu diperbaiki segera.

Justeru katanya, BN meletakkan satu pasukan calon untuk membawa harapan tinggi agar dapat mengubah semula kesan akibat ketidakstabilan berlaku sebelum ini.

“Kita telah berikrar untuk tidak jadikan Johor seperti sebelum ini dan PRN diadakan bagi mengembalikan maruah dan keadaan negeri yang cemerlang satu ketika dahulu. Jadi ini harus kita pegang.

“Oleh itu, jangan sampai berlaku seperti pilihan raya sebelum ini dan menjadikan kita lupa bahawa membuat keputusan pilihan raya bukan sebab kerajaan jatuh, bukan seperti Sarawak sudah masa mengadakan pilihan raya, namun kita mahu yang terbaik untuk Johor.

“Maka atas dasar itu, sedikit sebanyak perlu berhadapan keadaan luar biasa. Maka perlulah ada satu persefahaman luar biasa, kena pegang prinsip itu. Kalau kita melalui kehidupan seperti hari biasa, kita tidak akan dapat terbaik,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Hasni berkata, semua calon dipertaruhkan BN menggambarkan kekuatan baharu yang akan dibina di Johor pada masa terdekat.

Beliau percaya semua pihak tanpa mengira ahli dan penyokong BN dapat memikul tanggungjawab tersebut demi manfaat dan kebaikan semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN